AKTIVITI TRANSFORMASI SEKOLAH TS25

SEJARAH SK TUARID TAUD

Sebelum Sekolah Kebangsaan Tuarid Taud dibina dan dibuka untuk memulakan pengajaran dan pembelajaran anak-anak penduduk Kampung Tuarid Taud, Kampung Kota Ayangan dan Kampung Toboh Laut bersekolah dibeberapa sekolah rendah yang sedia ada seperti SK. Pekan Keningau, SK. Luagan dan SRK. St. Francis Xavier Keningau. Pada masa itu murid sekolah yang datang dari kampung ini pergi ke sekolah dengan berjalan kaki dan berbasikal sahaja.

Keadaan ini mendapat perhatian dan simpati daripada mantan alyarham Senator Dato Ariff Bin Haji Salleh. Beliau menghubungi ketua kampung-ketua kampung dari ketiga-tiga buah kampung ini supaya memohon sebuah sekolah bagi kemudahan anak-anak mereka belajar. Setelah permuafakatan diantara ketua-ketua ini diperolehi, alyarham Senator Dato Ariff Bin Haji Salleh berusaha sehingga permohonan tersebut mendapat kelulusan.....